Khasiat / kebaikan Mealshake

Untuk entry ini, saya akan cerita mengenai khasiat atau kebaikan mealshake ni. Sengaja saya asingkan dari entry mengenai pengenalan tentang mealshake kerana tidak mahu entry itu terlalu panjang. Nanti pening pula nak baca panjang-panjang. kan?

Terus terang saya beritahu yang jika saya nak cerita semua khasiat / kebaikan mealshake, saya tak tahu la entry ini nak jadi panjang mana. Khasiat mealshake ni memang tidak tersangkal lagi banyaknya. Kenapa saya cakap begitu? Sebab Mealshake ini adalah Multivitamin. Sudah pasti banyak khasiatnya. Namun, saya  senaraikan juga beberapa khasiat mealshake khas untuk pembaca-pembaca blog saya. :)
  1. Nutrien lengkap
Mealshake adalah multivitamin. Jadi ia menyediakan nutrien yang lengkap kepada tubuh kita. Ia juga mampu membekalkan tenaga sepanjang hari supaya kita lebih cergas dalam menjalani rutin harian. Apabila badan kita cukup zat dan khasiat, badan akan menjadi sihat  dan sentiasa bersemangat dalam apa jua kerja yang dilakukan.

Mealshake kaya dengan protein yang  mampu membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dll yang sihat dan baik. Bila sel-sel kulit sihat, dapat lah menyerlahkan kecantikan sesiapa yang minum mealshake secara konsisten. Ia juga dapat mengurangkan penyakit kulit seperti eczema, ruam, kurap, gegata dll. Protein juga mampu memperbaiki kerosakan sel-sel kulit contohya stretch mark.
  
2.       Sumber terbaik serat pemakanan.

Serat memberi banyak faedah kesihatan. Antaranya, ia  baik untuk kesihatan sistem pencernaan dengan membantu mengurangkan sembelit. Serat juga  boleh menyerap dan mengurangkan kolestrol serta mencegah penyakit berkaitan kolestrol  seperti penyakit jantung. 

Serat  juga baik untuk proses detoks. Detoks dapat membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

3.      
Kaya dengan kalsium

Mealshake juga memberi faedah kalsium kepada pengunanya. Seperti yang kita semua tahu, kalsium amat penting untuk kesihatan tulang dan gigi juga otot-otot tubuh badan. Kalsium juga membantu kita mengekalkan berat badan yang ideal.
  
4.       Indeks glisemik rendah

Makanan yang berindeks glisemik tinggi dapat meningkatkan risiko penyakit diabetes dan penyakit jantung. Manakala, makanan  berindeks glisemik rendah melepaskan glukosa secara lebih lambat ke dalam aliran darah sehingga membantu menstabilan kadar gula darah dan mengurangkan keinginan makanan karbohidrat (makanan manis). Makanan dengan indeks glisemik rendah boleh membantu tubuh membakar lemak dengan efisien. Oleh kerana inilah, mealshake sesuai untuk mereka yang mengidap diabetes dan sakit jantung. 

Makanan yang rendah indeks glisemik juga mampu buat kita rasa kenyang dengan lebih lama. Jadi, untuk mereka-mereka yang sibuk bekerja tidak perlu risau jika terpaksa skip breakfast. Boleh minum mealshake sebagai breakfast dan buat kerja sepanjang hari dengan cergas. Paling penting, dapat menyediakan khasiat yang baik kepada tubuh badan walaupun sibuk.

Lain-lain khasiat / kebaikan mealshake adalah sebagai anti-oksidan kerana mengandungi vitamin-vitamin ejen anti-oksidan  seperti vitamin A dan C. Oleh kerana mealshake ada vitamin B dan zat besi, dapat membantu penghasilan sel darah merah yang sihat. Jadi, dapat menghasilkan kompleksi kulit yang lebih cantik. Part cantik-cantik ni yang best kan. Ia juga amat membantu mereka yang ada masalah tekanan darah rendah dan anemia.

Cadangan sukatan

Cara  pengambilan tidak sama untuk setiap golongan.Supplemen Shaklee bukan ubat. Suplemen sangat fleksibel. Ia selalunya di ambil ikut keperluan. Walaubagaimana pun, ia ada jumlah maksimum yang boleh di ambil. Semua benda pun kalau di ambil secara berlebihan pasti tidak elok. Betul tak? Dalam hal ini, mealshake tidah boleh di ambil melebihi 2 sudu sehari. Cara pengambilan dalam blog ini  pun hanya cadangan dari saya sahaja. Macam saya cakap, ianya fleksibel. Pengguna boleh adjust ikut keperluan.

Jika bagi kanak-kanak yang memerlukan mealshake , untuk 1tahun hingga 4 tahun saya akan cadangkan ambil suku (1/4) sudu sahaja.  Boleh campurkan dalam susu botol mereka. Kenapa sikit? Sebab bagi saya, selalunya kanak-kanak umur dalam lingkungan ini banyak minum susu dan makan makanan yang berkhasiat. Jadi, mungkin hanya perlukan kuantiti yang sedikit bantuan suplemen.

Untuk 4tahun hingga 7tahun, saya selalu cadangkan pada customer saya setengah (1/2) sudu mealshake sehari untuk dicampurkan kedalam  susu / minuman / makanan mereka. Ini  kerana, bila umur macam ni, mereka dah pandai memilih makanan. Biasalah, umur-umur macam ni mereka dah mula tidak mahu makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Tetapi mereka masih minum susu.
 
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar 7 tahun hingga 13tahun  dan mempunyai aktiviti harian yang padat, saya cadangkan ambil tiga suku (3/4) sudu mealshake satu hari. Manakala dewasa pula 1sudu hingga 2 sudu satu hari. 

Cuma saya nak ingatkan, pengambilan mealshake yang konsisten sahaja yang mampu  beri kesan yang memuaskan.

Ingin mencuba produk ini? Hubungi kami sekarang. SID yang berdaftar.